Kelakuan sekawan

Kelakuan sekawan mentakrifkan bagaimana individu-individu dalam sesebuah kumpulan boleh bertindak bersama-sama tanpa terancang hala tuju. Istilah ini berkenaan kelakuan haiwan dalam kawanan, serta tunjuk perasaan, rusuhan dan mogok,[1] acara sukan, himpunan keagamaan, keganasan gerombolan serta keputusan hari-harian, penaakulan dan pemberian pendapat.Raafat, Chater dan Frith (2009) mencadangkan satu pendekatan bersepadu kepada kelakuan sekawan dengan memerikan dua isu penting, iaitu mekanisme pemancaran fikiran atau kelakuan sesama individu, dan pola perhubungan sesama mereka.[2] Mereka mengusulkan bahawa penyatuan berbagai-bagai pendekatan teori terhadap kelakuan sekawan mencerahkan kebergunaan konsep berkenaan di pelbagai bidang, baik neurosains kognitif[3] mahupun ilmu ekonomi.